Wednesday, August 6, 2008

SEJARAH BLOK PELANDUK

Pelanduk Da Pintarian’s satu nama yang sinonim dengan kegemilangan kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Blok yang kelima di KOSASS ini telah melahirkan ramai jaguh dan juara dalam bidang masing-masing. Kejayaan yang di capai oleh warga blok Pelanduk telah sedikit sebanyak mengangkat martabat dan nama KOSASS sebagai sebuah kolej yang gah di antara 17 buah kolej kediaman lain di universiti Putra Malaysia.

Pada awal pembukaan Kolej Kediaman Ketujuh yang kemudian telah ditukar nama kepada Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, blok Pelanduk didiami oleh warga siswi. Namun demikian, perubahan semasa telah menyaksikan blok Pelanduk kemudiannya didiami oleh pelajar siswa mulai 19 Mei 1998. Dengan pertukaran tersebut, bermulalah dimensi baru bagi warga blok Pelanduk. Berbekalkan semangat yang jitu dan keyakinan yang mantap, kejayaan demi kejayaan telah dirangkul oleh penghuni warga blok Pelanduk. Syabas dan tahniah buat warga blok dan teruskan semangat juang anda buat selamanya…