Thursday, August 28, 2008

BBQ blok

Pada 27 hb yang lalu. Blok Pelanduk telah mengadakan BBQ blok bersempena sambutan kemerdekaan negara ke 51. Majlis ini bermula pada pukul 5 dimana aktiviti membakar ayam telah dijalankan dan kemuncak acara ini bermula pada pukul 8 malam. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Fellow blok Pelanduk kita iaitu abg Faizal. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu blok Pelanduk dan seterusnya hakka Peladuk yang diketuai oleh saudara Muhamad Fuad ( Pengerusi Blok Pelanduk). Antara menu yang disajikan pada malam tersebut adalah seperti bihun goreng dan ayam panggang. Setelah kesemua warga blok selesai menjamu selera, satu persembahan hakka telah di persembahkan oleh junior-junior dan second year untuk tatapan senior-senior pelanduk. Di sini aku sediakan gambar2 persiapan dan aktiviti BBQ blok ini.