Saturday, August 30, 2008

Tradisi Mandi Bunga Diteruskan.......

Telah menjadi tradisi blok Pelanduk setiap warga blok yang baru akan disambut bersesuaian dengan tema "Datang Bersambut, Pulang Berhantar". Setiap warga baru blok pelanduk akan dimandikan bunga sebagai tanda rasmi menjadi warga blok pelanduk, dan tanggal 27hb Ogos yang lalu menjadi detik bersejarah kepada warga blok Pelanduk batch 2007-2008 kerana secara rasminya menjadi warga blok Pelanduk. Majlis mandi bunga ini telah di uruskan oleh saudara Saiful ( Sky) dimana majlis ini bermula pada jam 11.00 malam. Majlis yang gilang gemilang ini dimulakan dengan ucapan oleh saudara Fuad (pengerusi blok Pelanduk) dan Saudara Asrulsani (gaban) sebagai tanda bermulanya majlis tersebut..... ( gambar nanti aku Updatekan, kita nantikan bersama ) dan kepada junior yang disayangi nantila giliran anda selepas ini.

Thursday, August 28, 2008

BBQ blok

Pada 27 hb yang lalu. Blok Pelanduk telah mengadakan BBQ blok bersempena sambutan kemerdekaan negara ke 51. Majlis ini bermula pada pukul 5 dimana aktiviti membakar ayam telah dijalankan dan kemuncak acara ini bermula pada pukul 8 malam. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Fellow blok Pelanduk kita iaitu abg Faizal. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu blok Pelanduk dan seterusnya hakka Peladuk yang diketuai oleh saudara Muhamad Fuad ( Pengerusi Blok Pelanduk). Antara menu yang disajikan pada malam tersebut adalah seperti bihun goreng dan ayam panggang. Setelah kesemua warga blok selesai menjamu selera, satu persembahan hakka telah di persembahkan oleh junior-junior dan second year untuk tatapan senior-senior pelanduk. Di sini aku sediakan gambar2 persiapan dan aktiviti BBQ blok ini.











Saturday, August 23, 2008

BBQ blok dan Pertandingan Futsal interfloor

Bersempena dengan sambutan bulan Kemerdekaan negara kita. Blok Pelanduk tidak ketinggalan untuk menyambut bulan kemerdekaan dengan mengadakan aktiviti BBQ blok dan Pertandingan Futsal Interfloor. Aktiviti-aktiviti ini akan diadakan pada hari rabu bersamaan 27.8.2008. aktiviti ini turut bertujuan untuk mengeratkan sillaturahim dikalangan warga Pelanduk serta untuk mengantikan program Konvoi Blok yang tidak dapat diadakan kerana bertindih dengan latihan tempatan (ROTU) serta untuk menghormati bulan puasa yang akan tiba.
Pertandingan Futsal
Hari : Rabu
tarikh : 27.08.2008
vanue : Gelanggang sebelah KMR
Diharapkan semua warga Pelanduk hadir ke pertandingan tersebut

Friday, August 22, 2008

Tandas Blok Pelanduk

Di blog ini juga aku sertakan gambar-gambar tandas baru blok Pelanduk untuk tatapan warga KOSASS (khas kepada warga siswi) serta kepada alumni-alumni Pelanduk. Untuk maklumat proses pengubahsuaian tandas ini bermula pada semester lepas iaitu pada semester 2 sesi 2007-2008.














Thursday, August 21, 2008

DESIGN BARU BAJU BLOK PELANDUK SESI 2008/2009



PANDANGAN HADAPAN

PANDANGAN BELAKANG

Baju baru blok Pelanduk ini telah diilhamkan oleh saudara Muhamad Fuad Bin Mohtar ( Pengerusi Blok Pelanduk Sesi 2008/2009). Pada baju ini turut terdapat logo jubli perak bersempena sambutan Jubli Perak ke-25 KOSASS. Harga baju ini telah ditetapkan dengan harga RM25. Pemakaian baju blok ini akan diwajibkan kepada warga Pelanduk pada setiap hari Isnin.

Thursday, August 7, 2008

KONVOI BLOK..........

Aktiviti Tahunan ini diadakan pada setiap 31 ogos bersempena dengan hari Kemerdekaan negara Malaysia. Konvoi ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan sillaturahim dikalangan warga blok pelanduk. Konvoi blok ini mula diperkenalkan pada sesi 1998/1999.

Disini aku selitkan juga gambar-gambar konvoi blok bermula dari tahun 2004 sehingga 2007.

KONVOI BLOK PADA SESI 2004/2005



KONVOI BLOK PADA SESI 2005/2006







KONVOI BLOK PADA SESI 2006/2007



KONVOI BLOK PADA SESI 2007/2008



LAGU BLOK PELANDUK

Disini aku selitkan juga lagu Blok Pelanduk. Lagu ini mula diperkenalkan pada warga blok pelanduk pada sesi 2000/2001.
Dan seperti biasa kepada Junior Pelanduk. Hafal-hafalah lagu ni Ok.


TIADA GUNUNG TERLALU TINGGI
BUAT KAMI DAKI DI TENGAH MALAM
TIADA JURANG TERLALU DALAM
BUAT KAMI TURUN DI TENGAH MALAM GELAP MALAM

(KORUS)
HUTAN RIMBA…
PADANG LALANG…
KUSUSURI JALAN YANG JAUH…
PANAS TERIK HUJAN BERANGIN…
MAJULAH… AYUH MAJU
AYUH MAJU!!!

PANTANG KALAH PANTANG UNDDUR
KERANA TERLATIHNYA
KAMILAH PUTRA PELANDUK
MENYAPU LAWAN SEMUA

PAYUNG INDAH MENGEMBANG
DI ANGKASA RAYA
DESIRAN OMBAK KUKAYUH
CUACA BURUK KU REMPUH
KAMILAH PUTRA PELANDUK

Wednesday, August 6, 2008

The Hakka Of Pelanduk.....

Kepada sesiapa nak tau lirik Hakka Pelanduk. Ni aku sediakan lirik hakka Pelanduk.
Dan kepada adik-adik junior Pelanduk yang disayangi pandai-pandailah korang belajar hakka Pelanduk ni . Belajarla dari abang-abang senior yang ada ok.......

YARITE YARITE KIAMU

HIIIIIII...............
HA KAMATE KAMATE KAURA
HA KAMATE KAMATE KAURA
HA TENETE TANGATA
PHURU HURU
NAI NAIKITI MAIFAKKA
FITTI TERA
HA UPA HA UPA
HA UPANE KA UPANE
FITTI TERA
HI….


LOGO RASMI BLOK PELANDUK


Logo rasmi blok Pelanduk adalah ciptaan Nor Azizi Saad (Pengarah Balai Perwira dan Pengarah Keceriaan Blok , Badan Eksekutif Pelanduk sesi 2000/2001). Tulisan Pelanduk di bawah logo adalah menggunakan tulisan ‘ Baguet Display Caps SSI ’. Tulisan Da’ Tragulus Javanicus di keliling logo pula adalah dari tulisan ‘ Bleucher ’ . Tragulus Javanicus adalah nama saintifik bagi pelanduk. Logo ini menggunakan dua warna iaitu warna merah dan hitam. Warna ini dipilih bagi melambangkan keberanian, kekuatan, keazaman dan kecekalan warga blok.

SEJARAH BLOK PELANDUK

Pelanduk Da Pintarian’s satu nama yang sinonim dengan kegemilangan kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS). Blok yang kelima di KOSASS ini telah melahirkan ramai jaguh dan juara dalam bidang masing-masing. Kejayaan yang di capai oleh warga blok Pelanduk telah sedikit sebanyak mengangkat martabat dan nama KOSASS sebagai sebuah kolej yang gah di antara 17 buah kolej kediaman lain di universiti Putra Malaysia.

Pada awal pembukaan Kolej Kediaman Ketujuh yang kemudian telah ditukar nama kepada Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah, blok Pelanduk didiami oleh warga siswi. Namun demikian, perubahan semasa telah menyaksikan blok Pelanduk kemudiannya didiami oleh pelajar siswa mulai 19 Mei 1998. Dengan pertukaran tersebut, bermulalah dimensi baru bagi warga blok Pelanduk. Berbekalkan semangat yang jitu dan keyakinan yang mantap, kejayaan demi kejayaan telah dirangkul oleh penghuni warga blok Pelanduk. Syabas dan tahniah buat warga blok dan teruskan semangat juang anda buat selamanya…