Friday, April 17, 2009

salam

haha dah lama aku aku x update blog ni huhuhu
entah kenapa semester ni aku jadi malas nak buat blog
mungkin sebab laptop aku ni problem.
apa2 pun aku akan cuba update kembali mana2 yang tertinggal tu
apa2 pun ucapan tahniah kepada barisan MTM yang baru
semoga barisan MTM yang baru dapat bekerja lebih keras dalam menaikan semula nama KOSASS.
kepada Matleh... aku harap ko buat la kerja betul2 ko lantik TPB yang ko rasa berwibawa dikalangan batch korang. Aku harap blok Pelanduk dapat mengulangi sejarah yang tercipta ok.

Tuesday, September 23, 2008

Kes kecurian di Pelanduk

Salam, kes kecurian kat Blok Pelanduk semakin menjadi2. Terbaru pada hari ahad yang lalu bilik Pengerusi Blok pula kena kopak. Dalam semester ini berlaku empat kes kecurian. Antara barang yang di laporkan hilang tiga laptop dan satu handset. Semua kecurian tersebut berlaku pada masa budak ROTU training. Masa kejadian antara pukul 8-10 pg. Dan kepada semua warga Kolej amnya dan Pelanduk khasnya aku harap korang lepas ni lebih berhati2 dengan barang - barang korang. Kemungkinan sebelum raya dan masa minggu test akan berlaku kes kecurian lagi. Aku harap korang pertingkat keselamatan di bilik korang.


Peringatan !!!!!

Hukuman hudud (potong tangan) yang wajib dikenakan ke atas pencuri telah ditentukan dan ditetapkan oleh Allah dalam firmannya disurah al-maidah ayat 38:-

Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri, maka hukumannya potonglah tangan mereka sebagai satu balasan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegahan dari Allah. Dan Ingatlah, Allah maha kuasa, lagi maha bijaksana

Friday, September 12, 2008

SECOND TEST BERMULA........

Kepada warga Pelanduk disini aku ingin ucapkan selamat menjalani second Test. Memo bagi Silent Hours telah ditampal. Jadi kepada warga Pelanduk, aku harap korang faham-faham la. Jangan buat bising tepat pukul 8.00 malam. Pukul 8.01 malam korang leh wat bising balik ok. hihihihih. Jgn marah saudara Senuk dan saudara Yuslan (biro akademik blok). Saja nak lepas tension test. hihihi. Apa-apa pun gud luck for the test and study ok.

KONVOI BUKA PUASA

PERHATIAN !!!!!!!
KEPADA SEMUA WARGA BLOK YANG BERAGAMA ISLAM. SATU KONVOI BERBUKA PUASA AKAN DIADAKAN PADA HARI RABU INI BERSAMAAN DENGAN 17 RAMADHAN 1492 HIJRAH ( 17 SEPTEMBER 2008) DI MASJID PUTRAJAYA. DIHARAPKAN WARGA PELANDUK YANG BERAGAMA ISLAM DAPAT MENJAYAKAN KONVOI TERSEBUT DAN KEPADA WARGA BLOK YANG LAIN ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK TURUT SAMA MEMERIAHKAN KONVOI TERSEBUT......

Majlis Bersahur dan Solat Subuh Berjemaah.

Tepat jam 0400 bersamaan 5 september yang lalu, satu jeritan sumbang dari saudara Ariffin (cincau) dan saudara Mustapha (cimbi) telah mengejutkan seluruh warga Pelanduk dari mimpi untuk bangun dan sama -sama menghadiri majlis sahur beramai-ramai yang di organisasikan oleh saudara Hazmidi ( Biro kerohanian Pelanduk). Majlis sahur beramai-ramai ini bertujuan untuk merapatkan hubungan sillaturahim dikalangan warga pelanduk serta untuk memeriahkan lagi sambutan Ramadhan yang telah tiba. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Faizal dan diakhiri dengan solat subuh berjemaah di imamkan oleh saudara Hazmidi.

Saturday, August 30, 2008

Tradisi Mandi Bunga Diteruskan.......

Telah menjadi tradisi blok Pelanduk setiap warga blok yang baru akan disambut bersesuaian dengan tema "Datang Bersambut, Pulang Berhantar". Setiap warga baru blok pelanduk akan dimandikan bunga sebagai tanda rasmi menjadi warga blok pelanduk, dan tanggal 27hb Ogos yang lalu menjadi detik bersejarah kepada warga blok Pelanduk batch 2007-2008 kerana secara rasminya menjadi warga blok Pelanduk. Majlis mandi bunga ini telah di uruskan oleh saudara Saiful ( Sky) dimana majlis ini bermula pada jam 11.00 malam. Majlis yang gilang gemilang ini dimulakan dengan ucapan oleh saudara Fuad (pengerusi blok Pelanduk) dan Saudara Asrulsani (gaban) sebagai tanda bermulanya majlis tersebut..... ( gambar nanti aku Updatekan, kita nantikan bersama ) dan kepada junior yang disayangi nantila giliran anda selepas ini.

Thursday, August 28, 2008

BBQ blok

Pada 27 hb yang lalu. Blok Pelanduk telah mengadakan BBQ blok bersempena sambutan kemerdekaan negara ke 51. Majlis ini bermula pada pukul 5 dimana aktiviti membakar ayam telah dijalankan dan kemuncak acara ini bermula pada pukul 8 malam. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Fellow blok Pelanduk kita iaitu abg Faizal. Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu blok Pelanduk dan seterusnya hakka Peladuk yang diketuai oleh saudara Muhamad Fuad ( Pengerusi Blok Pelanduk). Antara menu yang disajikan pada malam tersebut adalah seperti bihun goreng dan ayam panggang. Setelah kesemua warga blok selesai menjamu selera, satu persembahan hakka telah di persembahkan oleh junior-junior dan second year untuk tatapan senior-senior pelanduk. Di sini aku sediakan gambar2 persiapan dan aktiviti BBQ blok ini.